3
3.
ANALISIS MASALAH
Daripada
pengelompokan masalah dalam badan pengawas itu tadi, dapatlah cungkil dengan
lebih detail berkaitan dengan masalah, punca dan akibat daripada masalah
berkenaan.
3.1
Ketua Pengawas yang kurang berkaliber
Ketua
murid di sekolah-sekolah menengah Malaysia mempunyai standard yang berbeza. Ini
dipengaruhi oleh dua faktor :
a)
Individu
itu sendiri - pendidikan, kepemimpinan, IQ dan EQ
b)
Persekitaran
sekolah dan latar belakang masyarakat
Ketua
murid biasanya dipilih secara lantikan oleh pihak sekolah atau di sesetengah
sekolah secara undian. Oleh itu, ketua murid sesebuah sekolah kebanyakannya
terdiri daripada pelajar yang terbaik dari segi pencapaian akademik, sikap,
kepemimpinan, kebolehan dan bakatnya di kalangan sekolah di mana dia berada.
Walau
bagaimana pun, sesebuah sekolah pada satu-satu masa itu mendapat best of the best sebagai ketua pengawas. Bagaimana pun kadang kala
terpaksa memilih the best among the
worst.
Pada ketika-ketikanya ketua pengawas terpaksa dilantik dari kalangan pelajar
yang lebih junior, kerana pada tahun itu tidak ada pengawas senior yang
berwibawa dan berketrampilan.
3.2
Pengawas yang kurang berwibawa
Pengawas-pengawas
biasanya terdiri daripada mereka yang :
a)
memang berminat untuk menjadi pengawas dan menjalankan tugas sebagai
pengawas,
b)
berminat untuk memegang jawatan pengawas sahaja,
c)
kurang berminat untuk menjadi pengawas tetapi mempunyai rasa
tanggungjawab kerja apabila dilantik,
d)
didesak oleh guru tetapi kurang berminat untuk menjadi pengawas dan
tidak mempunyai rasa tanggungjawab kerja apabila dilantik
e)
dilantik menjadi pengawas sebagai proses pemulihan tingkahlaku,
f)
mempunyai saiz badan yang besar atau kelihatan berpengaruh
Kebiasaannya
golongan (b), (d) dan (e) akan menimbulkan banyak masalah dan menggugat status
kewibawaan pengawas.
3.3
Sokongan kerja Pengawas yang lemah
Sokongan
kerja pengawas yang dimaksudkan di sini adalah :
a)
bantuan guru dalam kesukaran pengawas menguatkuasakan peraturan
b)
kemudahan peralatan kerja pengawas
c)
bilik gerakan pengawas
Ketiadaan
atau kekurangan sokongan untuk pengawas menjalankan tugas ini antara faktor yang
menyebabkan pelajar-pelajar tidak mahu menjadi pengawas dan melunturkan semangat
pengawas yang sedia ada.
3.4
Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas.
Semasa
menjalankan temuduga untuk pemohon-pemohon jawatan pengawas, penulis selalu
bertanya kepada pemohon-pemohon tentang bidang kuasa dan tugas pengawas
sebenarnya. Hampir semua mereka tidak dapat menjawab dengan jelas dan pasti
tentang tugas dan bidang kuasa pengawas. Didapati juga bahawa, kebanyakan
pelajar hanya melihat pengawas sebagai penjaga pagar, penjaga barisan pelajar
dan peronda semasa rehat sahaja. Mereka tidak tahu apakah peranan pengawas
sebenarnya. Lebih malang lagi apabila pengawas dan guru sendiri tidak tahu
apakah peranan dan bidang kuasa pengawas.
Penulis
pernah menghubungi pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Hal Ehwal
Pelajar di Jabatan Pendidikan Negeri untuk mendapatkan garis panduan bidang
kuasa dan tugas pengawas; malangnya tidak ada.
3.5
Penilaian dan Penghargaan Pengawas
Kebanyakan
sekolah, kecuali sekolah penulis tidak mempunyai sistem penilaian tugas pengawas.
Hampir semua sekolah yang ditinjau, memberi sijil penghargaan pengawas. Namun,
adalah tidak adil apabila tedapat pencapaian berbeza dalam prestasi kerja antara
seorang pengawas dengan pengawas yang lain. Ini adalah antara faktor,
terdapatnya pengawas yang bertugas sambil lewa. Mereka merasakan akan diberi
penilaian dan sijil penghargaan yang sama dengan pengawas lain.
Pengawas-pengawas
juga biasanya lebih tertekan kerana jangkaan guru terhadap mereka adalah tinggi.
Andainya pencapaian akademik atau tingkahlaku mereka tidak wajar, guru-guru
sering mengungkit tentang kedudukan mereka sebagai pengawas. Kebanyakan pengawas
sedar bahawa mereka perlu menjadi contoh, menjadi pembimbing rakan sebaya dan
menunjukkan teladan kepada pelajar lain; namun mereka tetap pelajar sekolah yang
mengalami berbagai masalah.
3.6
Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja yang lemah
Kebanyakan
badan pengawas di sekolah, diamanahkan oleh Badan Disiplin dan Pengawas kepada
seorang atau dua orang guru pembimbing. Kelancaran tugas pengawas bukan sahaja
terletak kepada perancangan dan penjadualan tugas; tetapi juga kepada sistem
pemantauan kerja. Biasanya Ketua Pengawas diamanahkan untuk membuat kerja
pemantauan bagi pihak guru. Bagaimana pun, seorang Ketua Pengawas yang kurang
berpengaruh dan berdaya pimpin tidak akan dapat memantau kerja pengawas
bawahannya dengan berkesan.
Begitu
juga dengan kawalan mutu kerja pengawas; yang mana tiadanya satu sistem yang
tekal untuk mengukur aspek ini. Kawalan dan penilaian yang longgar akan
mewujudkan pasukan pengawas suka curi tulang, berpuak-puak, tidak berminat,
membuang masa, melarikan diri dari tanggungjawab, pecah amanah dan seumpamanya.
3.7
Hubungan luar yang lemah
Hubungan
luar di sini lebih difokuskan kepada :
a)
komunikasi.
Sebahagian
pengawas didapati mempunyai kebolehan berkomunikasi yang lemah; hingga
menyebabkan mereka tidak disukai oleh pelajar, malah guru. Pengawas sewajarnya
pandai berkomunikasi dalam usaha menjadi pemimpin yang mampu menguatkuasakan
peraturan.
b)
penyebaran maklumat
Badan
Disiplin dan Pengawas sekolah biasanya menyebarkan maklumat tentang peraturan
dan disiplin dengan berbagai cara. Pengawas sepatutnya menjadi penghubung dalam
menambah kefahaman dan keakuran pelajar terhadapnya. Bagaimana pun terdapat
pengawas sendiri yang tidak ambil tahu, tidak memahami malah menentang sesuatu
maklumat tentang dasar, peraturan atau arahan Badan Disiplin.
c)
pertukaran maklumat antara sekolah
Jarang sekali
pengawas-pengawas dapat mengemukakan cadangan yang mereka fikir atau tahu
daripada sekolah-sekolah lain. Oleh itu, perkembangan ilmu dan teknikal
pengurusan pengawas lambat berkembang. Hasilnya, pengawas-pengawas tidak merasa
bertanggungjawab ke atas perkembangan disiplin sekolah, malah melemahkan self-esteem
mereka. Semuanya menunggu arahan dan keputusan daripada guru.