http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Dasar Dan Perancangan [5]

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

6

6.     PENILAIAN RANCANGAN

Setiap perancangan mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Oleh itu dilaksanakan, sebaiknya kita melihat perancangan ini daripada berberapa sudut. Analsis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, Threat) digunakan untuk melihat setiap perancangan ini.

6.1    Rancangan Pertama :   Latihan Ketua Pengawas
Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Dengan melatih ketua-ketua pengawas dengan sistem mentor, banyak masalah pentadbiran badan pengawas akan dapat diselesaikan. 1) Memberi latihan berterusan kepada ketua-ketua pengawas ini memerlukan masa. Dalam masa yang sama guru dan pengawas sibuk dengan core-business , iaitu pengajaran dan pembelajaran. 1) Ruang masa, tempat dan keselarasan masa antara mentor-ketua-ketua pengawas ini jarang kedapatan.

2) Ketua-ketua pengawas ini terdiri daripada pengawas sesi pagi dan sesi petang.

3) Sukar untuk mendapat guru berkebolehan  dan sanggup menjadi mentor kepemimpinan mereka sepanjang tahun.
1) Latihan melalui sistem mentor akan merapatkan hubungan guru-ketua pengawas.

2) Situasi win-win boleh diperolehi.


6.2    Rancangan Kedua : Membentuk pasukan pengawas yang berwibawa - latihan kepemimpinan dan pengenalan mata pelajaran kepemimpinan di sekolah.

Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Pembentukan pasukan pengawas yang terancang akan membuatkan badan pengawas lebih unggul daripada pelajar biasa.

2) Pengawas-pengawas ini akan merasa bertanggungjawab mempertahankan status quo mereka sebagai golongan terpilih.

3) Pengenalan mata pelajaran berkaitan dengan kepemimpinan akan menambah semangat mereka.
1) Kerja pembentukan ini memerlukan ramai pihak terlibat.

2) Masa juga menjadi faktor yang melemahkan rancangan ini.
1) Bukan semua ibu bapa dan pengawas sendiri rela hati untuk berkorban masa menjalani latihan kepemimpinan.

2) Terdapat pihak-pihak tertentu yang akan mendakwa latihan kepemimpinan dan pengenalan mata pelajaran berkaitan kepemimpinan sebagai platform politik orang tertentu.
1) Membuka lebih peluang pengawas untuk mengambil mata pelajaran elektif.

2) Memberi peluang guru mengesan minat dan kebolehan kepemimpinan pelajar di peringkat awal.


6.3    Rancangan Ketiga : Sokongan kerja pengawas

Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Sokongan guru, kemudahan peralatan  dan bilik gerakan akan menaikkan semangat pengawas.

2) Segala aktiviti pengawas boleh dipusatkan dan pengesanan mudah dilakukan.
1) Faktor ruang dan kewangan sekolah boleh membantutkan usaha ini

2) Pengawasan daripada guru secara berterusan diperlukan bagi mengelakkan penyalahgunaan. Misalnya, ponteng kelas dengan alasan mempunyai tugas di bilik gerakan pengawas.

1) Membiarkan pengawas sepenuhnya menggunakan kemudahan dan bilik gerakan boleh menimbulkan salahguna dan masalah keselamatan.

2) Teori Psikologi Songsang (Brehm,1966) mengatakan bahawa seseorang yang tidak mahu mengorbankan masa untuk kerja kebajikan,termasuk guru-guru akan melawan balik.
1) Pengawas akan menjadi lebih kreatif dan inovatif jika penggunaan yang betul dan maksimum kemudahan dan bilik gerakan pengawas.

2) Sokongan guru juga akan merapatkan hubungan guru-pelajar.


6.4    Rancangan Keempat : Menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas

Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Bidang kuasa dan tugas yang dijelaskan oleh dasar akan membuatkan guru dan pengawas merasa lebih yakin dan bertanggungjawab. 1) Bidang kuasa yang dijelaskan oleh kementerian mungkin terlalu sukar untuk diikuti; seperti garis panduan undang-undang dalam menangani disiplin pelajar. 1) Dengan tersebarnya dasar berkaitan bidang kuasa dan tugas pengawas, terdapat pekajar dan ibu bapa yang mengambil kesempatan ke atas kelemahan dalam dasar-dasar yang bertulis itu. Misalnya, mengambil tindakan undang-undang terhadap guru dan pengawas apabila berlaku sesuatu yang kontroversial. 1) Pengawas belajar menjalankan tugas dengan mengiktu garis panduan yang ditetapkan. Ini akan melatih mereka apabila bekerja nanti.


6.5    Rancangan Kelima : Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas

Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Mutu kerja pengawas akan bertambah baik dan standard. 1) Kerja pemantauan dan kawalan ini akan menambah beban guru disiplin dan pengawas. 1) Terdapat guru yang tidak bersetuju kerana pengawas hanya satu unit kecil dan masa yang terlalu banyak digunakan untuk pengurusan merekan hanya sia-sia. 1) Pengawas dan guru akan belajar tentang Total Quality Management; kerana biasanya hanya babarapa perkara sahaja yang diperhebatkan kualitinya.


6.6    Rancangan Keenam : Penilaian dan penghargaan pengawas yang piawai

Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Sistem penilaian yang piawai oleh kementerian akan menaikkan taraf sijil penghargaan utntuk pengawas.

2) Pengiktirafan oleh UPU akan memberi peluang lebih pengawas untuk ke IPT.
1) Sistem ini memerlukan latihan untuk guru penilai.

2) Kos yang meningkat.
1) Terjadi perebutan untuk menjawat jawatan pengawas. 1) Peluang untuk pengawas mendapat pengiktirafan UPU, sektor pekerjaan dan untuk penilaian kendiri.


6.7    Rancangan Ketujuh : Hubungan luar yang luas dan Perkongsian Pintar

Kekuatan Kelemahan Ancaman Peluang
1) Program ini akan membuka minda pengawas dan guru tentang kepemimpinan dan pengurusan disiplin melalui hubungan langsung dengan masyarakat melalui internet, kerja amal, lawatan dan lain-lain. 1) Membina laman web misalnya, akan memakan belanja yang besar dan masa diperlukan untuk memastikan maklumat sentiasa terkini. 1) Penggunaan banyak masa dan wang akan menambah rungutan ibu bapa pelajar. 1) Pengawas berpeluang untuk membuat perkongsian pintar dengan rakan sejawatan di seluruh dunia.

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)