http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Lain-Lain Ucapan

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

Penolong Kanan HEM

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
Alhamdulillah dengan izin-Nya dan semangat SMKT "Terbilang Cemerlang" maka laman web pengawas SMKT menjadi kenyataan. Sekalung tahniah atas usaha murni pengawas-pengawas yang terlibat. Perubahan dalam iklim pendidikan hari ini telah mewujudkan keperluan terhadap laman web. Saya berdoa semoga usaha murni ini berterusan. Dengan terlaksananya laman web pengawas SMKT, adalah diharapkan pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama bagi memajukan SMKT di semua bidang. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pengawas yang telah menyumbang ke arah penghasilan laman web ini. Selamat maju jaya.

Puan Rahana Abdul Malik

Penyelia Petang

Peraturan dan undang-undang bukan rantai yang membatasi kebebasan kita bertindak. Berfikirlah secara kreatif dan kritis untuk melebarkan langkah kita menangani setiap masalah. Hormati guru. Anggaplah setiap teguran dan hukuman yang diberikan sebagai tanda bahawa untuk mencapai kejayaan yang gemilang baik dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.
Terima kasih.

        

Puan Paezah Yusoff

Penyelaras Projek

Projek ini merupakan satu daripada agenda yang direncanakan dalam Dasar dan Perancangan Pembangunan Pengawas SMKT 2001/2002. Ia juga merupakan satu projek rintis yang bertujuan untuk memaksimakan kebolehan dan kepemimpinan pengawas ke arah pembangunan insan menerusi ICT. Kita berharap, perkongsian ini akan memantapkan sumber pasaran tenaga kerja yang mempunyai daya fikir dan literasi teknologi bagi masa depan negara. Oleh itu, sudah sampai masanya SMKT meningkatkan penggunaan ICT dalam pembangunan menyeluruh agar impian kita untuk menjadikan SMKT sebagai pusat pendidikan cemerlang akan tercapai. Terima kasih.

           

Encik Dzulkarnain Mat

Ketua Pelajar

Assalamualaikum...
Kami selaku Ketua Pengawas merakamkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada pihak yang menjayakan projek laman web pengawas SMKT. Projek yang julung-julung kali dilakukan ini tentu sekali akan memberi manfaat bukan sahaja kepada para pelajar, malahan kepada para penyelidik juga. Tercetusnya idea mencipta laman web ini jelas membuktikan bahawa khususnya dalam pembelajaran.

                          

Mohd Azizi Abdul Halim & Murshidah Mas`od

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)