http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Pengurusan Dan Pembangunan Badan Pengawas SMK Temerloh [4]

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

7

7. PROSES PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN PENGAWAS

7.1 Proses

7.1.1 Badan Disiplin dan Pengawas akan membuat hebahan.

7.1.2 Borang-borang permohonan diedarkan melalui guru-guru tingkatan, kaunselor, mentor dan guru-guru yang mempunyai cadangan ke atas palajar-pelajar tertentu.

7.1.3 Borang dipungut dan diproses oleh Jawatankuasa pemilihan yang dilantik oleh pentadbir. Pada peringkat ini tapisan pertama dibuat.

7.1.4 Senarai pemohon yang berjaya dalam tapisan pertama dikeluarkan dan proses temuduga dijalankan oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh pentadbir. Temuduga ini adalah peringkat tapisan kedua.

7.1.5 Mesyuarat Jawatankuasa pemilihan juga akan memilih pemimpin pelapis yang terdiri daripada pemohon yang berjaya dalam tapisan kedua. Pemimpin pelapis ini terdiri daripada :

a)     Ketua Murid Lelaki (sementara)

b)     Ketua Murid Perempuan (sementara)

7.1.6 Pemohon-pemohon yang berjaya akan diberi surat perlantikan, name tag dan tali leher dalam tempoh percubaan dan agihkan tugas. Peringkat ini adalah tapisan ketiga.

7.1.7 Pengawas percubaan yang berjaya akan dilantik ke jawatan tetap.

7.2 Pengawas tambahan yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat akan melalui proses yang sama tetapi pemilihan mereka akan dibuat oleh ketua-ketua murid dan AJK yang dilantik oleh Badan Disiplin dan Pengawas.

7.3 Carta Gantt

BIL AKTIVITI J F M A M J J O S O N D J F
1 Pengumuman oleh Guru Pengawas X X X X X X X X X X X X X X
2 Edaran borang melalui guru tingkatan dan pengawas senior X X X X X X X X X X X X X X
3 Proses Borang X X X X X X X X X X X X X X
4 Temuduga X X X X X X X X X X X X X X
5 Lantikan Percubaan X X X X X X X X X X X X X X
6 Perasmian X X X X X X X X X X X X X X

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)