http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Pengurusan Dan Pembangunan Badan Pengawas SMK Temerloh

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

LATAR BELAKANG
 
Badan Pengawas SMK Temerloh merupakan sebuah badan yang menjadi pemangkin utama dalam pelaksanaan kerja berkaitan dengan disiplin dan kepemimpinan di sekolah.
 
Seawalnya, pengawas yang memakai pakaian seragam kuning-putih (lelaki) dan biru-kuning (perempuan) ini telah membuktikan keberkesanan fungsi mereka. Pada tahun 1973, Sumpah Pengawas [1] SMKT menjadi akujanji yang dipegang teguh.

Perubahan masa turut mengubah penampilan pengawas, dan pada tahun 1995 warna ungu-hitam (lelaki) dan ungu-biru (perempuan) menjadi warna pakaian seragam pengawas. Hari ini, pengawas keseluruhannya menggunakan warna ungu-hitam bagi pakaian seragam mereka.

Untuk menangani 22 ekar kawasan SMK Temerloh dan jumlah pelajar yang setiap tahun di sekitar 1700 orang, Badan Pengawas memerlukan tenaga kerja yang ramai, terlatih dan berminat.



[1] Detik, 1973, Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, m.s 9.

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)