http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Dasar Dan Perancangan [4]

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

5

5.     PERANCANGAN

Oleh kerana sebahagian besar masalah yang dinyatakan di atas membabitkan dasar, sikap, kemahiran kepemimpinan dan komunikasi; maka masih terdapat peluang untuk memperbaiki keadaan. Reformasi dalam pengurusan badan pengawas memerlukan kerjasama semua pihak terutama peringkat atasan. Ini memandangkan konsep pengurusan di negara kita masih lagi dalam keadaan top-down. Jika tiada sebarang langkah diambil, negara kita akan kekurangan barisan pemimpin muda yang berkaliber. Penyemaian di peringkat sekolah adalah usaha paling baik dapat dilakukan; antaranya :

5.1 Latihan Ketua pengawas.

Setiap sekolah memang bukan sentiasa bernasib baik, mendapat seorang ketua pengawas yang berkaliber setiap tahun. Oleh kerana kepemimpinan boleh dipelajari dan dibentuk, maka Kementerian Pendidikan boleh menambah satu lagi mata pelajaran di sekolah, misalnya Pengurusan Sumber Manusia, Sains Politik, Kepemimpinan,  Kemahiran Belajar dan sebagainya.

5.2 Membentuk pasukan pengawas yang berwibawa

Kementerian Pendidikan pernah menyelitkan program Latihan Kepemimpinan dalam kelas pada tahun 1999. Namun begitu, pelaksanaannya tidak dikhususkan pada satu-satu masa; menyebabkan modul itu tidak diketahui kesudahannya. Sebenarnya, Kementerian Pendidikan boleh membuat dasar dengan mengasingkan pengawas ke dalam satu kelas yang tersendiri. Misalnya, pengawas tahun 5 sekolah rendah bagi sekolah berkenaan dikumpulkan dalam satu kelas; begitu juga dengan pengawas-pengawas di sekolah menengah dikumpulkan dalam kelas-kelas mengikut pakej mata pelajaran mereka. Pengasingan ini membolehkan pengawas menjadi kumpulan elit, yang boleh dididik dengan ilmu kepemimpinan semaksima mungkin.

5.3 Sokongan kerja pengawas

Sokongan kerja ini terdiri daripada sokongan guru, sokongan kemudahan kerja dan sokongan bilik gerakan pengawas. Pihak kerajaan boleh membelanjakan berjuta ringgit untuk membina makmal komputer dengan bangunan berasingan bagi setiap sekolah pada tahun 2000.  Adalah tidak merugikan sekiranya kerajaan membina sebuah bangunan setiap sekolah khas untuk aktiviti pelajar sebagaimana pusat-pusat pelajar di universiti. Di sini, kemudahan untuk pengawas boleh diberi keutamaan.

Guru-guru juga perlu dimotivasikan untuk menyokong kerja pengawas agar sama-sama dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik; dan bukan setakat pengajar mata pelajaran sahaja.

5.4 Menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas

Sudah sampai masanya Kementerian Pendidikan menjelaskan bidang kuasa dan tugas pengawas secara hitam putih. Sekiranya perkara-perkara lain, banyak dasar melalui berbagai pekeliling telah dikeluarkan; maka hal yang serupa juga boleh dilakukan dengan pengurusan pengawas.

5.5 Memberi penilaian dan penghargaan sewajarnya kepada pengawas

Borang permohonan kemasukan ke universiti yang dikeluarkan oleh Unit Pusat Universiti, telah mengkategorikan badan pengawas sebagai persatuan kokurikulum. Penilaian ini amat bercanggah dengan konsep kokurikulum. Pengawas adalah badan khas yang tidak boleh disamakan dengan persatuan-persatuan biasa. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Tinggi seharusnya :

a)    memberi pengiktirafan lain kepada badan pengawas yang dianggap pelapis barisan kepemimpinan pada masa akan datang.

b)    mengeluarkan borang penilaian prestasi dan sijil-sijil penghargaan yang standard di seluruh negara

Campurtangan kerajaan dalam hal ini akan membuahkan hasil sekiranya dilaksanakan dengan terancang.

5.6 Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas

Untuk ini, kerajaan boleh mengadakan satu sistem yang standard dalam usaha memastikan bakal-bakal pemimpin yang dididik di sekolah ini benar-benar berkualiti. Guru Displin dan Pengawas sebaiknya diberi taraf Guru Disiplin sepenuh masa, sebagaimana yang dinikmati oleh Kaunselor. Dengan itu, sistem pentadbiran disiplin dan pengawas akan lebih mantap.

5.7 Hubungan luar yang luas dan perkongsian pintar

Kelemahan dalam komunikasi, mencari ilmu dan maklumat terkini, penyebaran maklumat dan perkongsian idea dengan masyarakat luar dalam pentadbiran badan pengawas adalah amat ketara. Bukan sahaja pelajar biasa, pengawas-pengawas juga ada yang tidak mempunyai pengetahuan yang baik tentang sekolah, guru dan pentadbiran disiplin. Oleh itu, satu portal kepemimpinan boleh diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebagaiman Portal Pendidikan Utusan, kerajaan boleh mengupayakan guru dan pengawas untuk membina laman web yang membenarkan maklumat pentadbiran pengawas seluruh negara dapat dikongsi bersama.

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)