http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Dasar Dan Perancangan [6]

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

7

7.     PELAKSANAAN PERANCANGAN

Berdasarkan analisis perancangan di atas, dapatlah dilihat bahagian-bahagian tertentu yang memerlukan penambahbaikan, perubahan dan reformasi. Usaha ini memerlukan quantum leap dalam perubahan dasar pendidikan di peringkat negeri dan daerah. Kementerian telah mengeluarkan dasar-dasar umum dan usaha peringkat bawahan sahaja yang diperlukan.

Untuk projek perintis yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, semua kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang ini telah dikaji. Mana-mana perancangan yang boleh dilaksanakan segera; terus sahaja digunakan.

Kerjasama daripada pentadbir, Badan Disiplin dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pendidikan Islam dan Moral, Unit Bina Insan boleh diupayakan (empowered) untuk kemaslahatan sekolah dan pendidikan seluruhnya. Guru-guru dan pelajar secara perlahan diubah gaya pemikiran dan sikap mereka terhadap pengawas dan keperluan latihan kepemimpinan.

8.     MAKLUM BALAS

Satu bancian dibuat berdasarkan pemerhatian, perbualan dan daripada kotak cadangan untuk menilai rancangan ini dibuat. Maklum balas yang diteima daripada guru dan pelajar agak lembab pada awalnya. Bagaimana pun, apabila pihak pentadbir sendiri meminta pelajar dan guru memberi maklum balas, barulah suatu himpunan pendapat dapat dirumuskan.

Rata-rata pendapat, mengatakan rancangan ini amat baik; namaun sebahagian mereka tidak memahami bagaimana peruntukan masa dapat diagihkan. Begitu juga kesanggupan guru untuk menjadi mentor kepada pengawas agak kurang. Kebanyakan mereka memberi alasan telah mempunyai mentee dan sebahagiannya mengakui tidak mempunyai minat dan pengetahuan tentang kepemimpinan.

9.     KESIMPULAN

Pelaksanaan Perancangan Badan Pengawas ini mendapat perhatian, kerana ini adalah sudut pandangan baru yang menyedarkan ramai orang yang telah mempunyai tanggapan tipikal terhadap pengawas sebelum ini. Dengan sokongan semua pihak dari peringkat kementerian hinggalah kepada pelajar dan ibu bapa, perancangan pembinaan pasukan pengawas sebagai pelapis pemimpin negara ini akan tercapai. Apa yang diperlukan sekarang adalah sedikit pengorbanan masa, tenaga, wang dan tempat. Tidak mustahil ia akan dapat dilaksanakan di seluruh negara nanti.

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)