Make your own free website on Tripod.com
http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Pengurusan Dan Pembangunan Badan Pengawas SMK Temerloh [5]

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

8. PEMILIHAN CALON PENGAWAS

Pengawas-pengawas di SMK Temerloh bagi sesi 2001/2002 terdiri daripada mereka yang :

a)     Mempunyai bakat dan karisma kepemimpinan

b)     Mempunyai latar belakang kepemimpinan

c)    Mempunyai ciri-ciri yang boleh dijadikan contoh dalam aspek pembelajaran, kokurikulum dan bakat-bakat tertentu.

d)    Mempunyai minat dan kesungguhan untuk menjadi pengawas

e)    Dicadangkan oleh kaunselor atau guru sebagi langkah penambahbaikan kepada tingkahlaku pelajar tertentu.

 

9. LATIHAN KEPEMIMPINAN PENGAWAS

9.1 Orientasi Pengawas

Program yang dijalankan sendiri oleh pengawas-pengawas dalam percubaan ini lebih bertujuan untuk membina semangat sepasukan di kalangan mereka.

9.2 Kursus Motivasi Pemimpin Muda

Latihan kepemimpinan pengawas adalah menjadi tanggungjawab Unit Bina Insan Sekolah. Ia dibuat bersama-sama dengan latihan kepemimpinan untuk ketua-ketua tingkatan dan pemimpin persatuan. Mulai tahun 1998, kursus ini dinamakan Kursus Motivasi Pemimpin Muda (KMPM) dan peserta yang mengikutinya dengan jaya akan diberi sijil penyertaan. Ia dijalankan pada akhir tahun atau pada awal tahun sesi persekolahan.

 

10. KAWALAN

Kawalan perlu dikenakan ke atas pengawas untuk :

a)    Mengelakkan mereka ketinggalan atau mengabaikan pelajaran.

b)     Mengelakkan mereka menyalahgunakan kuasa.

c)    Mengelakkan mereka daripada bertindak di luar batasan

d)    Mengelakkan mereka daripada diancam dalam apa cara oleh pelajar lain atau wakil mereka.

Pengawas akan dikawal aktiviti mereka dengan cara:

a)    Mengingatkan dan membantu  mereka dalam aspek pembelajaran.

b)    Mengingatkan, memberi nasihat, amaran dan memberi surat tunjuk sebab jika mereka terlibat dalam kes-kes disiplin,mengabaikan tugas, menunjukkan sikap yang tidak wajar sebagai pengawas atau lain-lain yang difikirkan perlu sebagai langkah kawalan.

c)    Mengambil tindakan disiplin jika disabitkan kesalahan.

d)     Melatih mereka bagaimana tindakan yang perlu dibuat jika diancam oleh pelajar atau wakil mereka.  

 

11. PENILAIAN DAN PENSIJILAN

11.1 Penilaian dibuat berdasarkan :

a)     Borang Laporan Nilaian Prestasi Pengawas

b)     Rekod Disiplin Pelajar

c)     Pemerhatian Guru

11.2 Laporan Nilaian Prestasi Pengawas

      11.2.1 Exco Tertinggi akan dinilai oleh guru

      11.2.2 Ketua Kumpulan dan Exco akan dinilai oleh Exco Tertinggi

      11.2.3 Pengawas akan dinilai oleh Ketua Kumpulan / Exco

11.3 Sijil

      11.3.1 Sijil telah ditempah sebanyak 300 keping pada tahun 2002. Sijil ini
                 akan

                 diberikan  kepada setiap pengawas yang dijangka keluar / tamat

                 persekolahan.

      11.3.2 Sijil ini dibahagikan kepada tiga pangkat iaitu Cemerlang, Baik dan 

                 Memuaskan  bagi  mengkelaskan taraf prestasi pengawas.

11.4 Cara Pemberian Sijil

      11.4.1 Pengawas dalam tahun peperiksaan SPM / STPM akan dinilai terus
                dan diberikan sijil.

11.4.2 Pengawas yang tidak menghadapi peperiksaan SPM / STPM akan
          dinilai setiap  tahun bertugas, tetapi sijil hanya akan dikeluarkan
          pada tahun peperiksaan atau jika mereka bertukar atau berhenti
          sekolah. Markah purata bagi tahun-tahun berkenaan akan dijadikan
          asas pangkat dalam sijil.

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)