http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Pengurusan Dan Pembangunan Badan Pengawas SMK Temerloh [2]

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

5

5. KONSEP-KONSEP

5.1. Kaizen

Kaizen adalah konsep pengurusan Jepun yang membawa maksud penambahbaikan. Istilah ini dirujuk kepada suasana, kaedah, teknikal dan seumpamanya yang dalam keadaan tidak baik kepada baik dan daripada keadaan baik kepada keadaan yang lebih baik secara berterusan. Ini bermakna penambahkan adalah proses berterusan.

    Dalam pengurusan pengawas SMKT, konsep ini diguna pakai dalam :

a)     Perlantikan pengawas

b)     Tugasan pengawas

c)     Pengurusan pengawas

d)     Penilaian pengawas

5.2. Empowerment

Pengurusan pengawas SMKT mementingkan konsep empowerment atau pengupayaan. Konsep ini diguna pakai sebagai latihan utama bagi membentuk pengawas menjadi pemimpin masa depan.

5.3. Transformational Leadership

Guru-guru di SMKT khususnya guru pembimbing badan pengawas, melatih pengawas bukan sahaja untuk menjadi pemimpin dan pengurus, malah menjadi pemimpin transformasi. Pemimpin transformasi yang cuba dibentuk di kalangan pengawas ialah pemimpin yang dinamik, mempunyai kesedaran untuk berubah, mempunyai idea baru dan mampu melaksanakan tugas secara proaktif, kreatif dan inovatif.

5.4 Doing right things and doing things right

Dalam kerja pengurusan, pengawas-pengawas diasuh untuk melakukan kerja bukan sahaja dengan cara yang betul, tetapi juga membuat perkara atau tindakan yang betul. Doing things right memandu pengawas supaya membuat sesuatu mengikut prosedur. Manakala doing right things memandu pengawas supaya mereka lebih proaktif, melakukan perkara yang betul pada masa itu.

6. FOKUS PENGURUSAN BADAN PENGAWAS SMKT 2001/2002

BIL FOKUS PROGRAM TINDAKAN
1 Pemimpin Pelajar yang berwibawa

a)     Latihan persediaan

b)     Pembinaan kekuatan mental dan fizikal

c)     Pembinaan kemahiran kerja

d)     Pembinaan Personaliti

e)     Pembinaan kemahiran komunikasi

f)      Hands on Student Leader

g)     Transformational Leadership

a)     Pentadbir

b)     Guru Disiplin dan Pengawas

c)     Kaunselor

 

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)