Make your own free website on Tripod.com
http://www.pengawa§mkt.cjb.net/
.
Dasar Dan Perancangan

JavaFILE

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

PENTADBIRAN BADAN PENGAWAS

 SATU PROJEK PERINTIS

DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEMERLOH

28000 TEMERLOH, PAHANG.


 

Disediakan oleh :

DZULKARNAIN MAT

Guru Pembimbing Badan Pengawas SMK Temerloh 2001/2002

 


 

1. LATAR BELAKANG

Badan Pengawas atau apa-apa nama yang diberikan kepadanya di semua sekolah adalah merupakan sebuah badan yang berfokus kepada aspek disiplin dan kepemimpinan. Rata-rata sekolah di Malaysia mempunyai pemimpin pelajar yang mana mereka ini terdiri daripada Ketua Murid atau ketua pengawas, ketua tingkatan, pengerusi persatuan dan ketua-ketua unit beruniform. Biasanya jawatan pengawas adalah jawatan yang paling menarik kerana kuasa sah berkaitan undang-undang sekolah didelegasikan kepada mereka. Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh dengan keluasan 22 ekar, adalah sebuah sekolah primier yang ditubuhkan pada tahun 1965. Berdasarkan kepada sejarah sekolah, badan pengawas telah diwujudkan serentak dengan pentadbiran pertamanya.

Setelah memasuki alaf baru, pendekatan pentadbiran pendidikan dan kaedah pendidikan telah jauh berubah setelah melalui evolusi yang panjang. Pentadbir, guru dan pelajar masa kini tidak lagi sama seperti lalu. Pengawas juga tidak ketinggalan melalui perubahan ini. Dengan pelajar seramai 1472 orang sehingga bulan Mei 2002, SMK Temerloh mempunyai seramai 136 orang pengawas.

2. MENGENALPASTI MASALAH

Sebagai bekas pelajar sekolah ini, saya melihat perbezaan tanggapan pelajar terhadap pengawas telah jauh berbeza berbanding dua dekad yang lalu. Pada masa lalu, jawatan pengawas merupakan jawatan yang diidamkan oleh hampir setiap pelajar. Menjadi pengawas merupakan suatu penghormatan yang diberi oleh pihak sekolah. Apabila dilantik boleh dikatakan semua pengawas bertugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

Berbeza dengan masakini, pengawas adalah jawatan yang memang diimpikan pada sebahagian orang, tetapi pada sebilangan besar pelajar pula ia merupakan suatu tanggungjawab yang perlu dielakkan.

Hasil daripada pemerhatian penulis, selaku guru pembimbing badan pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh; beberapa masalah perlu difikirkan:

a)    Ketua pengawas yang kurang berkaliber

b)    Pengawas yang kurang berwibawa

c)    Sokongan kerja pengawas yang lemah

d)    Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas

e)    Penilaian dan penghargaan terhadap pengawas yang tidak tetap

f)     Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas yang lemah

g)    Hubungan luar badan pengawas yang lemah

Satu tinjauan dibuat oleh penulis untuk meninjau sistem pengurusan badan pengawas di sekolah-sekolah menengah sekitar daerah Temerloh. Melalui tinjauan itu didapati bahawa hampir semua daripada 19 buah sekolah yang berkenaan menghadapi masalah yang  hampir sama. Penulis kelompokkan dan rumuskan seperti berikut :
Bil Masalah Dalam Badan Pengawas Bilangan Sekolah
1. Masalah Ketua Pengawas yang kurang berkaliber 11
2. Masalah pengawas-pengawas yang kurang berwibawa   16
3. Sokongan kerja pengawas yang lemah   12
4. Bidang kuasa dan tugas pengawas yang tidak jelas 19
5. Penilaian dan penghargaan pengawas yang tidak tetap   9
6. Sistem pemantauan dan kawalan mutu kerja pengawas yang lemah   13
7. Hubungan luar yang lemah   18

Jadual 2.1 : Bancian sekolah dengan masalah dalam Badan Pengawas

 
 
 
Page >> 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6

HOME | Ucapan Pemangku Pengetua | Organisasi (2002) | Pengurusan Cemerlang | Senarai Pengawas (2002) | Dasar dan Perancangan | Aktiviti / Takwim (2001-2002) | Album (2002)